Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... entri kali ini, aku akan menceritakan tentang cara-cara membina helaian kerja khususnya buat para guru di luar sana dengan menggunakan Microsoft Excel dalam key-in markah pelajar di mana dengan method ini lebih mudah dan cepat...so mengikut pengalaman aku yang lepas, aku pernah menjadi seorang guru rakyat di sebuah sekolah agama rakyat dan aku dapat merasakan pengalaman bagaimana seorang guru bertungkus-lumus dalam merekodkan markah pelajar di dalam borang kalau mengkiut secara manual...so pada masa tu aku tidak didedahkan dengan cara ini, jadi aku telah menggunakan cara manual iaitu dengan mengira markah setiap pelajar satu persatu...selepas aku join lab MKA nie, aku telah didedahkan secara meluas tentang cara penggunaaan Microsoft Excel nie yang mana pada aku cara nie lebih mudah dan cepat kerana kita hanya insert formula sahaja dan markah tersebut akan dikira secara automatik...so tanpa berleter panjang pasal pengalaman aku, so entri kalinie aku akan menceritakan step by step untuk membuat lembaran kerja menggunakan Microsoft Excel...
Pertama sekali, sediakan senarai nama pelajar pada sheet 1 dan RENAME dengan nama SENARAI NAMA PELAJAR...

Cara kedua...cipta sheet baru untuk melampirkan markah dan RENAME dengan nama MARKAH. Masukkan markah pelajar dengan menggunakan pautan maklumat. Isikan maklumat dan markah pelajar. Macam aku, aku telah formatkan 20% markah untuk ujian bulanan, 30% markah untuk peperiksaaan pertengahan tahun dan 50% markah untuk peperiksaan akhir tahun.

Untuk mengelakkan data yang dimasukkan tidak bertepatan, gunakan kaedah data validation, seperti yang ditunjukkan dalam rajah.

Klik pada column jumlah keseluruhan, taip = dan klik pada ruang markah seperti di atas, tekan ENTER dan jumlah akan dikira secara automatik.

Highlight keseluruhan column jumlah markah dan markah akan naik secara automatik seperti dalam rajah.

Klik INSERT FUNTION dan pilih funtion VLOOKUP untuk mengira gred pelajar.

Highlightkan baris jumlah markah untuk diisi pada ruang Look_value.

Highlight sample gred untuk diisi di ruang table array

Isikan maklumat yang selebihnya seperti dalam rajah, kemudian tekan OK.

Highlight seluruh ruang gred dan markah akan naik secara automatik.

Gunakan funtion COUNTIF untuk mengira bilangan pelajar mengikut gred.

Cipta jadual bilangan pelajar mengikut gred kemudian hitung jumlah pelajar menggunakan funtion COUNT IF.

Highlight jadual bilangan pelajar mengikut gred dan cipta carta. (Klik ruangan petak kecil di hujung jadual untuk memilih sample carta)...
So...diharapkan dengan entri ini dapat membantu para guru di luar sana misalnya guru muda agar dapat dijadikan panduan buat mereka...
SEKIAN, TERIMA KASIH...
No comments:
Post a Comment